Friday, December 21, 2012

Jumaat

"Jangan panik...tulis dulu"....itulah pesanan co-SV aku tadi...Ya Allah...semoga dipermudahkan..Amin

Wednesday, December 19, 2012

Iman Najibah

Selamat Hari Jadi Iman....

Iman adalah kawan baik mama dia buat masa ni...teman menangis tatkala mama dia sedang bersedih...penghibur tatkala mama dia rasa takde siapa yg faham perasaan mama dia saat itu..thanks Iman..
"tapi bila sampai waktuku..doa dan restuku..menjagamu selalu"

Friday, December 14, 2012

Jumaat

Salam Jumaat semua...hari yang penuh barakah...hari yg mana terdapat satu waktu..sekiranya kita memohon sesuatu, nescaya Allah kabulkan...doa byk2...minta la apa yg kita nak...straight to the point, tak perlu berkias...Allah Maha Mendengar,Pengasih lg Penyayang.

Hari ni, mood aku adalah biskut lemau..malas je nak wat kerja...dalam hati ada rasa ingin berlibur....tp paksakan juga utk membuat 'sikit kerja"..alhamdulillah siap skit. Lusa adalah hari jadi Iman Najibah. Tahun ni, insyaAllah sambutannya adalah di KFC Batu Pahat, so if happen sapa2 yang lalu Bt Pahat on that day..jemput la singgah yer...reason buat kat KFC bukan lah nak bgtau aku ni kaya ke tak..tp memikirkan ttg kos, tahap kemalasan aku nak sedia kan itu ini dan sebagainya...berbeza dgn masa dia umur 1 thn, bday Iman kali ini di sambut. Sbb dia dh besar, jd dia bleh have fun, main2 dan sebagainya. Kalau setahun tu, setakat sambut kami anak beradak udah ler kan. OKlah stop cerita pasal bday Iman, tu akan berlansung 2 hr lagi...

Kalau dulu aku bgtau kat blog ni yg "The Eagle has landed"...nampaknya tak mendapat approval dr control tower...terpaksa lah take off semula...wlupon not in cruise condition...tp cukuplah aku katakan yg katebang aku skg tgh loitering...harap2...akan dpt kebenaran semula utk landing...seriously,captain nya dah mabuk utk handle turbulence flow...seriously aku penat!!!!!!!!!!!aku dh x larat...dalam hati aku ni ada kolam...

Seriously aku respect dgn kwn2 aku yg at the same time buat Phd or kerja dan menjaga anak/mengurus rumahtangga. Selama ni selalu dgr yg jd suri rumah sgt mencabar....tp bekerja/belajar plus urus rumah tangga..lagi..lagi..mencabar..tak percaya??????pakailah kasut yg bernama "calon master dan phd"...then tau la rasanya mcm mana....dulu aku x percaya apa yg org cakap...skg..hameeekkkk kau.....jgn ckp kau tough ke..pandai urus dua benda dalam satu masa  ke apa....akan ada satu masa..satu ketika...kau akan nangis gak....kalau citer pasal kondisi aku jgn ckp la...masa cuci pinggan pagi td pon aku bleh nangis...pernah satu tahap aku amik pinggan, aku baling je kat dinding...pedulik apa aku...

Wlupun org keliling sgt la supportive...tp dalam diri aku ni lemah...selemah2nya...entah...hari ni..rasa takde mood sgt....


Monday, December 10, 2012

Jangan putus harapan...

di ambil dr sini

Bila pandang figure kat atas ni...aku sgt yakin ramai student2 mechy akan menoleh sebelah mata je terhadap eksperimen ini. Bagi aku yg dah tua ni...eksperimen ni lah yg agak mendebarkan, sbb ni la eksperimen yang akhir sekali (hopefully, insyaAllah) yang aku kena buat sebelum diberikan green light oleh co-SV aku utk writing. Memula nya aku agak keberatan nak wat ekperimen ni sbb aku dah penat (read:malas). Tapi bila co-SV aku ckp dgn nada yang lembut (read:sound); "Ya terserah...cuma nanti pastikan bila panel tanya ttg boundary layer,Zurriati tahu cara menjawabnya", lansung weekend aku mandom...:(

Now, aku try jugak buat...wlu di hati terasa mahu berlibur... Mcm biasa, husband aku sbg penyuntik semangat.."kena ingat, kadang2 Allah tunjukkan jalan dan disampaikan melalui pelbagai cara..mungkin apa yg co-SV suruh ni, adalah bantuan Allah".....rajin Zurriati...sikit lagi..insyaALLAH.

Thursday, December 6, 2012

Finally..

"Houston, Tranquility Base here. The Eagle has landed."
 

Wednesday, December 5, 2012

Tika ini

One more to go
"duhai hati, bersabarlah..kpd pembaca blogku: mohon doakan aku yer,tq"

Tuesday, December 4, 2012

Rasa hati

Aku tahu yang aku bukannya pandai sgt...tiap2 hari aku balik, husband aku bising ckp muncung aku dah mcm muncung kuda. Semalam aku jumpa co_SV aku..dia ckp aku seorg yang sgt x teliti dalam kerja..SV aku plak cakap english aku x bagus..Iman plak asyik je kena marah dgn aku.......Allahuakbar...semoga di berikan kekuatan dan ketabahan kepadaku utk mencari noktah. Amin

Friday, November 23, 2012

Malas

Mengadap SV lagi kali ni...entah berapa kali dia ingatkan aku utk start writing....tak pernah mula.....assal la kau malas sgt ni areT!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 22, 2012

Jealous?

Pagi td masa tgh iron baju, husband aku menjerit dr bawah..."atie, dr roliza kat TV", lansung aku switch off iron dan berlari turun ke bawah. Kat rancangan MHI, Dr Roliza, merangkap pediatrician yang selalu kami visit setiap kali Iman tak sihat, sedang ke udara. Aku mmg mengkagumi Dr Roliza ni, selain drpada dia sweet, dia pandai berinteraksi dgn kanak2 dan parents. Jauh di sudut hati aku, aku pon nak berjaya seperti dia jugak.

Tapi semenjak menceburi bidang PhD ni, aku belajar yg pandai bukan the only one tiket utk berjaya, Byk lagi cara untuk berjaya. Utk suri rumah, menjaga anak dgn baik pon berjaya jugak. Tapi bekerja dan menjaga anak, itu satu bonus. Jealous? perasaan ni mmg selalu ada. Tak payah ambik contoh org lain, ambik contoh diri aku je. Setiap kali aku dgr ada org berjaya dpt Phd, aku rasa down. Aku rasa jealous.Tapi husband aku ckp, perasaan tu normal pada setiap org terutamanya pada perempuan. Yeap, aku setuju dgn pendapat dia. Cuma, aku harap aku dpt didik perasaan jealous aku ni ke arah yg positif.

Semalam aku dh present paper aku dgn selamatnya, Alhamdulillah. Mengaku yg diri dan isi projek ini byk lagi yg perlu di perbaiki. Tapi aku x mau dah rasa down. Aku cuba cr faktor yg boleh naikkan semangat aku sewaktu mhadiri konferen ni. Bila pandang sekeliling, aku baru perasan, dalam sesi  aku tu, aku je yg mewakili kaum hawa. Lansung aku bangga dan lagu Tokti bertajuk "Wanita" bermain di kepala. Aku bangga dgn diri aku sbb semalam, selepas mengharungi 3.5 tahun, barulah aku boleh duduk bersama2 dgn kaum Adam yg selama ni menguasai journal2 dalam bidang aku ni. Aku pasti husband aku berbangga dgn aku semlm, wlupun "Zahir Tak Terucap", tp dr riak wajah dia, aku tau dia kagum ngan aku...*perasan*. Mak mesti happy sbb doa dia Allah sambut..dan jika arwah ada..dia mesti ckp "abah bangga dgn adik". Walaupun apa yg aku buat semalam tu kecik pada pandangan mata org, aku tak kisah. Aku bangga sebab aku dpt lawan rasa lemah dlm diri aku. Thanks utk kawan2 yg doakan aku dan msg2 yg membina semangat.

Tuesday, November 20, 2012

Degup kian kencang

 
.....tatkala aku usha2 tentative program untuk esok...presenter sumernya org hebat2,dr kaum Adam.. mampukah aku???? Doakan aku yer kawan2, dah x larat nak berdebar dah.

Monday, November 19, 2012

Bertenang

Sekali lagi aku kena present depan org ramai. Berbanding dgn di Bandung dulu, konferen kali ni lebih ke arah Aeronautical dan Aerospace, which is sgt la bidang aku...3.5 tahun dh aku mengadap projek aku ni, tapi utk menceritakan pada sifu2 aerospace ttg apa yang aku buat, sangatlah menakutkan dan memalukan. Takut sbb aku rasa aku x cukup ilmu lagi utk berkata "well ladies and gentleman...the novelty of this project is....", seriously tak berani. Tambahan pulak yg bakal jd chairman utk sesi aku nanti ialah ex classmate aku masa kat MRSM dan USM dulu. Dia ngan aku mmg x sama frekuensi. Jadi aku mengandaikan aku akan dibelasah teruk,kiri dan kanan masa presentation nanti yer. Malu sbb english aku very bad. Hari tu SV aku ckp 'my daughter's english is better than u'. Mcm tertusuk duri sembilu rasanya. Semalaman aku menangis mengenangkan nasib diri. Esoknya aku bgn dgn rasa yg positif. "Orang menegur sbb mereka ambil tahu hal kita", kan bagus mcm tu. Entah, presentationnya lusa,sampai skg slides aku x siap2...tensiooon...aku perlukan liburan. Bertenang...

Saturday, November 3, 2012

Panik

Pagi ni bangun dgn rasa takut..aku cuba untuk duduk bertenang,membuat kerja2 yang patut aku lakukan. Tapi helaian2 demi helaian journal yg aku selak,menimbulkan rasa panik. Tiba2 rasa nak buat itu, nak buat ini, tak tahu ini, tak tahu ini, kena tahu ini, kena tahu itu..the list goes on.

Silap aku ke bilamana aku rs saat aku nak start menulis ini, semuanya mcm belum bersedia. Terasa segalanya masih baru. Malu untuk aku catitkan kelemahan aku ni di sini...Kemudian mouse di tgn aku klik ke halaman Muka Buku...Oh, makin sesak fikiran aku. Tutup.

Kembali...cuba bertenang...

Monday, October 29, 2012

Hukum Allah

Lately selalu terbaca ttg artis2 'kembali tidak bertudung'. Ada plak kawan2 yg 'like' apabila BFF memberikan status yg tak menghormati ibu bapa dan agama di FB. Bangga sangat bila dpt mempersendakan hukum Allah!!!

Wednesday, October 24, 2012

Syukur

Aku semakin dapat menerima hakikat yang tak semua benda kita akan dapat. Lebih kat sini kurang disitu. Hidup macam roda dan hidup ada karma.Berbelanja ikut kemampuan bukan nafsu.Apa yang penting, jgn pandang kecil nikmat SIHAT yang Allah berikan...syukur!!!

Tuesday, October 23, 2012

Tekanan

Pagi tadi, masa turun nak wat breakfast, hati aku sgt berat...seberat2nya....duduk sekejap..tiba2 aku nangis...nangis yg sesungguhnya.....tekanan makin tinggi..semoga aku tabah.

Monday, October 22, 2012

Takut

Selepas jumpa dgn SV, aku rasa takut. Takut sebab byk perkara. Mampu kah aku memenuhi kehendak SV dan keinginan diri??? Wallahua'alam. Doakan aku.

Sunday, October 21, 2012

Words for Sunday

The key to better writing: revision and rewriting.
Write and rewrite. Proofread and rewrite. Then, review and rewrite some more.
 — with Rob Smith.

Thursday, October 18, 2012

Istiqamah

Akhir2 ni aku kerap bermuncung kuda setiap kali balik dr fakultas. Tiap2 kali balik umah, kerja aku ber 'facebook' dan ber 'instagram'.Konon nya nak release tension. Dah lepas went through sumer status2 dan pic2 sumer..ada satu rasa dalam hati aku ni...iaitu iri hati, sakit hati, menyampah, meluat dan segala2 penyakit hati. Tak sihat kan??? Then semalam, masa aku tgh melayari muka buku, husband aku cakap "dah la tu areT, asyik tgk FB je, Iman terabai"....alahai....sian anak aku yg comel tu. Betul gak tu..so azam baru aku adalah...xmo ber FB or ber Insta di rumah..klupon berkehendakkan (tolong, ayat agak berbaur lucah), hanyalah pada waktu ketika Iman tido....insyaAllah. Semoga beristiqamah.

Wednesday, October 17, 2012

Moscow

Kelas kau areT...dalam masa sehari 2 entry kau pos kan....aku tgh tension yer..berlambak2 katebang depan aku ni yg masih tak take off...seriously...klu ada rejeki aku dapat PhD ni...aku nak gi MOSCOW!!! (anis dan zihan, tolong jgn gelak). Ni aku sebut Moscow ni kang...ramai la geng2 yg penah ke Moscow sibuk nak publish pic diorg gi sana kat fb ke, instagram ke..blog ke...x percaya tgk la...come on la...aku kadang2 sian plak dgn org2 mcm ni..tak bleh skit tgk org lebih dr dia..mula la PHD dia dtg...arghhh,sialan....apa aku merepek ni...aku nak ke MOSCOW!!

Geram

Semalam aku berjumpa dgn D#K#N. Tujuannya adalah utk bertanyakan prosedur2 utk aku nak transfer dr Penang ke Shah Alam. Ke transferan aku ini bukanlah bermakna aku dh x suka duduk Penang, cuma aku rasa, bgai peluang la kat muka2 baru menimba pengalaman berada di kampus cawangan dan husband aku plak keja kat sini. Jadi bermodalkan muka yg tak seberapa cun ni, aku pon pegilah mengdapa Inchik D#K#N. Masa aku menjengah ke bilik dia, nampak muka dia blur, nampak sgt dia x kenal aku. Setelah memperkenalkan diri aku pon menyatakan tujuan aku berjumpa dia.Setelah berbual barang 5 minit 6 minit, aku dapati harapan aku adalah kosong jika aku masuk kerja tanpa Phd dan 50/50 jika ada Phd. Ok fine, aku bleh terima la statement tu sbb memikirkan ramai lagi yg sama masalah ngan aku, cuma aku rasa sepanjang perbualan aku dgn dia...muka nya seakan2 memanggil aku utk menempeleng nya.Bukan apa, takde ciri2 kepimpinan aku lihat dekat dia. Aku tahu dia tak mampu jadi pemimpin sebaik Rasulullah dan seamanah  Saidina Ali...tp tolong la tunjuk kat aku bahawa rasa aku nak tempeleng dia tu mmg salah. Namun sampai ke sudah aku sgt rs aku perlu tempeleng dia.

Apa dia ingat semua yg dia pegang ni kekal, jauh mana sgt kaya dia akan bwk dia?????sodah la...Rezeki tu Allah yg bagi...aku tak minta la rezeki dr ko. Kalau Allah kata rezeki tu utk aku, insyaAllah tak kemana....
"Wahai si kaya, jgn kau mabuk sendiri!!" 


Friday, October 12, 2012

Di hambat waktu....

Jijik tajuk entry ni kan...???hehehe..sempena minggu matematik di UiTM, aku pon nak mengkalkulasi waktu yg aku perlu siapkan segala kerja2ku:

26 katebang yang tgh tunggu green light utk take off. Untuk waktu skg, airport hanya benarkan 4 katebang utk take off sehari,so
26/4 = 6 hari
6 hari utk katebang yg ada canard A,
utk canard B,C dan D pon sama...so 24 hari aku perlukan utk terbangkan katebang2 ni....belum ambil kira katebang yg stall atau pon yg kena emergency landing. Aku harapkan hari2 aku yg turbulence akan laminar semula....duhai angin...jgn kau bergelora lagi...

P/S: aku tak suka naik katebang..terutama time take off dan landing....gugur jantungku..teringat lagi Co-SV aku tanya.."zurriati, kenapa katebang u tak terbang sampai angle of attack 12 deg?"..aku berdebar sbb xde jawaban...lantas aku jawap,"entahlah Prof, jawapan Prof apa?"...Prof jawap "Huish, xmau saya fly tinggi2..muntah!!!"~~~~~~terfikir di benakku .. nanti masa viva...bleh ke aku jawap mcm ni???hehheeheh

Tuesday, October 9, 2012

Geram!!!

Aku sebenarnya dh lama bengang dgn beberapa org insan di bilik ini, yang aku rasa selfish aka tak fikir perasaan org lain. Selama ni ada jugak beberapa org adik mengadu kat aku ttg gelagat insan2 ini, tp aku diamkan je, memandangkan aku boleh tahan lagi dgn keadaan tu. Tapi utk waktu sekarang..waktu yang aku tgh mengalami tekanan yg sgt2, jiwa yg tgh kacau, emosi yg x stabil...mau je aku sound sorang2 insan ni. Tolong la respect dgn aku dan adik2 lain yg masih berjuang nak siapkan projek kitorng ni (master,Phd). Aku tau lah korang dah dpt master, dah jadi pensyarah dan dh ada kemudahan bilik, itu dan ini...tp kenapa masih nak berada di sini, buat discussion dgn FYP students as if ni bilik guru!!!! Aku x faham kenapa diorg ni masih nak menempek kat bilik ni, napa x duduk kat bilik sendiri???? ...BLAH LA WOIIII..!!!!

Friday, October 5, 2012

REvlon tak?

Lately, byk sgt terkecil hati : REVLON ke tidak???
  • Sewaktu meeting dgn group Aerospace hari tu, SV aku bercakap ttg progress Phd students dia, sampai turn aku, Prof tanya: "Zurriati bila mau siap?"..sambil aku menjawap dgn muka yg berminyak2 " I don't know Prof, but if you give me green light to start writing, then I would be very happy", lantas Prof aku menoleh ke arah lain, iaitu ke arah kwn aku  yg baru selesai viva Phd nyer dr Imperial College London, bukan sabun Imperial itu yer..heheheheh. REvlon tak kecik hati?
  • Jumpa dgn Prof aku keesokan hari nya bg tau yg nak hantar report untuk Dana Kecemerlangan Report. Aku menyatakan hasrat yg aku nak apply lg pasni dgn guna kan nama dia. Lantas beliau berkata bahawa tiada kapasiti lg karena dia tgh menjadi group leader utk PhD student yg sorang lagi ni. REvlon tak kecik hati?
  • Kawan2 tgh berbincang ttg trip mereke ke Paris sementelah mereka akan berkoferensi di sana. Aku x mampu nak pegi atas alasan 'anak aku kecik lagi'. Tapi sebenarnya aku xde Kijang Emas dari Maybank..heheheheh. REvlon tak kecik hati?
  • Mentor aku telah bg email menyatakan supaya aku memanjangkan lagi bait2 ayat dlm email aku utknya supaya dia bleh tau progress aku skg.  Email aku pd dia skg hanya lah,,,"Dear Sir..how are you?"..kuang ajo kan...hehehehe. Now dia kat US, menjadi pensyarah kat sana. REvlon tak kecik hati?
  • Mendapat tahu seorg sahabat telah mendapat PhD melalui Google, tahniah. Namun di sudut hati terasa berkecil hati karena sejak dr 'hari itu', aku dipinggirkan.  REvlon tak kecik hati? 
Banyak lg la yg aku kecik hati...lantak ko lah areT, ada aku kisah??heheheheh...takpe..takpe...yg pasti, dlm kekecilan hati ku ini..terselit khabar gembira yg x perlu aku nyatakan di sini (No, I am not pregnant!). Biarlah ianya rahasia...jijik ayat aku!!!!

Tuesday, October 2, 2012

Monday, October 1, 2012

Peringatan

"Pandanglah kepada orang yang lebih rendah dari kamu dan janganlah memandang kepada orang yang di atasmu, supaya kamu tidak memandang kecil nikmat Allah ke atasmu"~HR Bukhari dan Muslim

Friday, September 21, 2012

Rasa ini lagi...

Sakan ngko areT, menulis blog tiap2 hari....byk masa ko ek? hehehe..lately hati runsing, nak meroyan di FB kang, org speculate aku ada prob ngan laki aku lak...tak kuasa aku, hehehe..'ini lah salahku yg memberi ruang' bak kata kumpulan Sixth Sense. Percayalah kawan2 ku...kalau aku ada problem, aku akan Whatsapp kenalan2 baik ku sahaja. Yg sodi mdengar rintihan qolbuku wlupun dlm keadaan mereka buzy ataupun seangkatannya. Pengalaman mengajar aku jgm simply citer masalah ko pada org yg tak 'rapet', sometimes they love to feed off of people's misery. Kusut ahkak.

Semalam mmg aku kusut, begitu juga seorang rakan ni yg aku anggap spt adik sendiri. Aku sms pada rakan2 yg aku anggap dah otai dlm lapangan research ni, bgtau ttg apa aku rasa. Kadang2 kwn kita pon manusia juga, letih melayan sms kita. Jadi, aku duduk diam2 depan nursery Iman. Dengar lagu...:(

Kepada rakan2 di luar sana yg akan dan tengah buat research ni...nasihat aku:
  1. Sabar
  2. Sabar
  3. Sabar
pinjam kata2 dr sms Che Nad:: "areT,jgn rasa down, Nanti ko akan get carried away ngan down ko lama"~~~~~~pengalaman aku la...apa yg che nad ni ckp sgt betul. Rasa down ni dtg dr syaitan yg suka tgk kita lemah dan leka. Kalau rasa down, take break, gi Pakli,makan nasi lemak dan neskefe ais...waw..heaven!

Kawan2..tolong doakan aku utk cukup kuat..utk cukup kudrat utk siapkan PhD aku ni. "Genggam bara api biar sampai jadi arang "~mak.

Hanya nak share sms dr co-SV aku dgn semua. Believed me, sms ni really made my day!

Happy Conference. Jangan takut. Org lain tak faham pun apa yg kita cakap. Jadi buat apa takut? kita sendiri yang paling faham. Saya doakan semua berjalan baik. Selamat jalan2, dan happy shopping.

Thursday, September 20, 2012

Tak suka...

Slides utk presentation baru je siap td. Kisahnyer semalam husband aku, Najib telah sound aku ttg kelewatan aku menyiapkan slides ni. Katanya dr dua minggu lepas dia suruh aku siapkan slides dan praktis, tak gak siap2..tu yg menetes ayer mata aku semalam tu. Dalam hati aku menjawap.."kalau kau jd aku, aku yakin kau mengerti".

Sungguh, tak tipu, aku tak suka presentation. Tempat di mana aku bercakap benda2 yg konon nya "aku sorang je tau, sumer org tak tau". Siyes aku tak suka!!!! To make things worse, aku di invitasi menjadi chair session. Memula tu terdetik gak kat hati aku utk nak tolak ajakan itu. Nak mampos???? Berbelit ko ckp english...aku ni dh la pondan English.Tapi bila aku bertenang, sambil dgr lagu Jimmy Palikat, 'Anak Kampung'...aku pon menekan butang Accept. Pastu menyesal...hehehehehe.

Mmm...bertenang je lah AreT, nak tak nak, kau kena hadapi jugak benda2 ni.....Kawan2,doakan I jadi presenter terbaik yer....hehehehe

Wednesday, September 19, 2012

Tolong jangan gelak

...bila aku ckp air mata aku menitik masa bfast ngan husband aku pagi td. Puncanya..entah. Rasa emo. Tak...aku tak PMS pon. Tak tau,byk benda yg aku terasa akhir2 ni.

Tuesday, September 18, 2012

Pejamkan matamu utk ku

...lirik lagu Aizat semestinya. Hari ni mood ke laut. Rasa macam2. Aku rasa bersalah dgn MrN.. kenapa KG datang lagi...KG..KG...go away...

Friday, September 14, 2012

Rimas

Rimas rasanya dgn rasa ini.Bilakah semua ini akan berakhir. Dan kalau ianya berakhir,doa aku biarlah ianya satu kemenangan. InsyaALLAH

Tuesday, September 11, 2012

Rasa ini

Akhir2 ni cepat sgt aku terasa hati...kenapa yer...adakah kesan Pak Mat Songkok (read:PMS) ataupun aku tgh stress dgn PhD di hadapan aku skg ni? Semalam aku balik rumah..muncung aku dh serupa muncung kuda...marah husband aku kat aku. Dia ckp jgn bwk balik cas negatif kat rumah...nanti kesan nya habis kena kat satu umah. Entah lah...susah untuk aku nak senyum sedang dalam hati aku ni ada 1001 perasaan yg tak best...Seriously aku tak suka rasa ni...

Monday, September 10, 2012

Kenapa..

"Hmmm...penyakit lama dia dh datang dah"~kata husband aku pagi td. Kenapa dia ckp mcm ni??? Sebabnya pagi tadi aku menyatakan kat dia, aku rasa lonely sgt2. It seems to me,kawan2 yg pernah rapat dgn aku, semakin menjauhkan diri. Panggilan telefon dan sms2 aku sumernyer di biarkan sepi. Seolah2 kehadiran aku sbg kawan, lansung tak di hargai. Kenapa ya aku selalu rasa mcm ni?Rasanya berulang2 kali dah husband aku ckp, cari kawan baru. Anggap je kawan2 di fakultas dan jiran2 sbg kawan baru....aku cuba...tp kenapa rasa sunyi ni selalu ada????

Friday, September 7, 2012

Sabar

"Kita merancang,Allah yang menentukan"

~Duhai hati,bersabarlah.

Monday, August 27, 2012

Sesudah Ramadhan..

Hari ini hari pertama dtg ke fakulti setelah seminggu bercuti utk sambutan Aidilfitri. Dalam bilik ni,kosong. Tak ramai yg balik lg, dan yg pasti hari ke hari bilik ni makin kosong sbb ramai yg dh selesai pengajian. Bila agaknyer yer giliran aku?
Minggu lepas aku dpt berita yg kawan aku baru dpt PhD dan sorang lg tu dpt gelaran Prof Madya. Tipu kalau aku ckp aku tak rasa iri hati. Sampai skg pon masih terasa perasaan tu.Entah la...bila dh sampai peringkat ni,segala mcm perasaan negatif datang.Na'uzubillah.
Terdetik di hati aku utk mencari kata2 memujuk. Alhamdulillah setelah membaca blog Prof Kamil yg bertajuk GELISAH aku rasa sedikit lega. Ya betul, jgn banding kan diri kita dgn sesiapa dan jgn bangga apa yg kita ada. Wallahu'alam.

P/S:: baru tadi Prof Madya Dr Jamal dtg berbual. Sempatlah aku ucapkan tahniah pada dia. Sungguh, dah tak rasa iri hati lg dgn dia.Dia sempat ckp kat aku "buat je Zue".

Friday, August 10, 2012

Wednesday, August 8, 2012

Rabu yg ribut

Pagi2 lagi mood aku dh terganggu....:(

Semalam waktu check beg sekolah Iman, aku terkejut bila tengok bekas susu formula dia (ada tiga portion),semuanya tak berusik. Tertanya2 lah aku, teacher2 kat Nursery Iman tu x bagi Iman susu ke? So, pagi ni dgn tekad Hazami,aku pon tanya la kat salah seorg teacher kat situ pasal kemusykilan aku ni. Teacher tu rujuk la kat seorg perempuan ni (yg aku rasa dia maid di situ, in charge bahagian buat susu). Tiba2 maid tu dtg dan suara dia ada nada marah. Dia cakap "akak hantar anak lambat, jd tgh hari tu kami terus bg makan, kami bg susu 2x". Aku pon jawap la "kalau bg 2x, napa susu tak berkurang?penuh je semalam".....bla..bla..bla....geram tul aku..klu ikutkan hati aku, mmg nak kena la maid tu, nasib baik bulan puasa. Next time jadi mcm ni, aku adukan je kat bos dia....Kadang2 terfikir, betul ke tindakan aku menukar Iman ke nursery ni??...semoga Allah permudahkan...

Student kad aku ni plak ntah ke mana hilang nya...jenuh aku cr. Buku perpustakaan ni dah almost 1 week x dipulang2kan...kang x pasal2 kena denda rm50 mcm aritu..mmmm...mcm2 la....


Monday, July 30, 2012

Isnin yg panas

Hari ni aku berdiskusi dgn co-SV. Sepanjang perbualan dgn dia byk tunjuk ajar yg dia bg. Kalau rasa x betul dia menegur. Kalau dulu aku takut dgn teguran dia, skg aku lebih suka dia menegur aku, drpd aku buat silap. Tiba2 aku cakap kat dia "Prof,akhir2 ni saya asyik rasa nak stop je buat Phd ni". Lantas dia tanya kenapa. Aku pon bgtau la masalah aku sumer. Aku ckp aku x marah dgn sapa2 cuma aku marah dgn diri aku sbb aku sgt malas dan x mau berusaha. Aku jd tension setiap kali ada kawan2 seperjuangan bgtau yg diorg tgh writing. Prof cakap,"Zurriati,awak mesti jd diri awak.Mesti berusaha wlu mcm mana keadaan sekalipon. Org lain pon ada masalah, cuma awak tak nampak".Hmmmm...bersemangat semula. Dan harap2nya semangat ini xkan luntur lg..insyaAllah.

Thursday, July 26, 2012

Iman oh Iman

Terjaga seawal jam 3 pagi,terdengar pintu bilik di tolak.Nurse masuk,menjalankan amanah utk memberi Iman nebulizer.Next trip,pukul 6 pagi nanti.Tq nurse,jasamu di kenang,Iman masuk hospital lagi,utk kali ke 5 . Ramai jugak la yg tanya,'napa Iman kerap masuk hospital? napa x pergi ke klinik Dr Anu,Dr Ini,etc??.Menyesakkan diri yg sememangnya tgh sesak.Betul dan terima kasih atas 'keperihatinan' itu,cuma aku minta tolong hormati tindakan aku.Anak ini,aku kandung dia,40 mgu 1 hari,aku yg lahirkan dia,aku yg 24/7 dgn dia.Makanya,aku kenal dia,siapakah pendatang asing ini yg nak mempersoalkn tindakan aku? Dia kah org yg x tido malam bila anak demam panas?Dia ke org yg drive sorang2 hantar anak yg menggigil itu ke hospital?Dia ke org yg terpaksa korbankan masa pengajian dia utk temankan anak ke hospital?Sudahlah,selama ni x pernah tanya khabar Iman,tau2 bila Iman warded,kau la org plg sibuk nak bg pendapat itu ini. Thanks but no thanks.See,aku dh meroyan..hehehehe

Monday, July 23, 2012

Tertekan

Sana sini org meraikan kedatangan Ramadhan. Minta maaf salah dan silap katanya. Terfikir aku, dah menjadi satu kebiasaan yg mana tibanya Ramadhan atau Syawal,akan ada sessi minta maaf. Adakah bulan2 lain xmau mintak maaf....pelik tau. Lantas aku ajukan persoalan ini kepada abah Iman. Dia pon sependapat dgn aku cuma dia kata...bila org mintak maaf tu, maafkan je la....apa plak nak pening2 pikir pasal Ramadhan atau Syawal baru nak mintak maaf.Aku ni biasa la...drama queen skit. Bukan apa...cuma risau benda ni jd trend je,maksudnya kalau bulan Jamadil Awal ke, Zuhijjah ke...tiada kemaafan dendam yg terindah berlaku....kan dah salah tu...patutnya, selagi kita masih bernyawa..ayat maaf mesti x pernah lekang  dari bibir, setiap hari setiap ketika.. bukan hanya pada Ramadhan dan Syawal je...betul tak? Wallahualam.

OK..ok...aku rasa persoalan remeh temeh ni dtg nya dr laungan emosi aku yg sgt x stabil akhir2 ini. Bukan Pak Mat Songkok (read:PMS) yer. Pasal study aku ni la. Sangat menyesakkan diri. Result dah mula tak menunjukkan jalan yg lurus, bersimpang siur. GPS pon dah kurang membantu. Skang kena flying solo...arghh takut. Kalau x sampai ke destinasi mcm mana yer?????? Macam mana...macam mana...alahai risau nya.Semalam masa basuh pinggan, aku dh berkira2 nak bgtau SV aku yg aku nak stop sampai sini je. Aku rasa aku tak mampu nak teruskan. Masa makin mengejar. Aku nak stop. Malam tadi bgtau abah Iman, dia x setuju. Teruskan je, katanya. Macam mana ni?????????????...seriously aku tgh depressi.

Tuesday, June 26, 2012

Aku Merajuk...

Air yg tenang jgn di sangka tiada buaya....hehehehe..tetiba je kan...tp ini sgt berkait dgn apa yg aku nk ceriterakan..umum mengetahui yg SV aku sgt la baik org nyer...klu nak ayat2 yg melegakan hati...jumpa dia....tp sebaliknya dgn co-SV aku...tegas. Ala2 kalau ko tak tau sesuatu benda tu dgn jelas...ko jgn pandai2 buat pandai...alamatnyer nanti..kuar dr bilik dia..mata akan berair...dan hati akan luka parah.Chewah. Asal nak jumpa co SV je...mcm2 surah aku baca..hati berdebar2.....expect yg teruk2 la. Pernah satu ayat yg aku x bleh lupa dia cakap "kat USM you belajar ni je ker"....hai berdiri bulu roma ku...dan segala bulu yg sewaktu dgnnya....geram, marah sumer ada.lain dgn SV aku..everything gonna be alright.. Itulah scenario yg aku lalui dalam masa 3 thn aku mencari ilmu Allah ni.

 Tapi tu la kan...bak kata lirik dalam lagu Jasa Bonda~Warisan, marah bukan kebencian, marah tanda sayang. Co-SV aku sayang aku (pujuk hati..heheheh). Ada bagusnya dia mcm tu...mcm buku bertemu ruas...aku yg malas bertemu dgn sifu yg tegas. Selalunya, bila pas kena 'smash' dgn co SV, aku akan jumpa SV..minta simpati....heheheh...pon SV aku syg aku....

Sayang SV aku skg, lebih kearah co SV aku yer skg...mcm bertukar tempat...baru2 ni aku ada hantar satu konferensi paper....6 reviewer bg komen yg mengundang takungan air mata...lalu aku mengharap simpati dr SV....makanya...hameeek ko......ayat SV aku skg...mengalahkan co SV aku yer....sampai skg merajuk aku tak habis dgn SV aku (walaupun dia bukan tau aku merajuk ngan dia..heheheh). Tadi gi juma co SV....lantas dia cakap "now Zurriati....you tgk sapa lebih garang...I atau your SV???"~coSV aku dh mula pandai bergurau senda.

Monday, June 25, 2012

Kosong

Berkali2 menaip...then delete balik...rasa mcm nak menulis..tp terasa malas..end up, hanya membaca blog2 yg di update oleh kawan2...Blog hopping..rata2 menulis ttg life masing2...about married life, kids, fashions,etc..rasa terhibur skit hati ni.

Takde apa yg best utk di ceritakan....kosong...teringat lagi waktu dulu..rajin  update blog...every single things yg berlaku or every single items yg dibeli, sumer nak di bgtau dan di show off kan kepada dunia..itu dulu...masa rajin..skg...malas... laying low is the best word to describe myself.

Aku dah x macam dulu..nak kata ke arah kebaikan...siapakah pengadilnya...nak kata ke arah keburukan..na'uzubillah. Phd is really takes its toll into my life. Setiap hari yg di lalui terasa mcm berjalan atas angin. Setiap detik terasa takut.

Ya Allah, beri aku tabah.Amin.



Networking or Notworking??hehehee






Tuesday, April 10, 2012

Monolog

Akhir2 ni, rasa down skit....tiba2 je rasa 'bleh dpt PhD ke aku ni?'. Bila tgk result eksperimen...sumernyer tak menjanjikan 'indah lelapku'. Saat ni mula la ada 'seribu sesalan'...'napa aku x study secara detail sebelum start eksperimen ituari?','napa baru skg tau kat eksperimen tu ada silap?',...tp bila aku jumpa solusi utk counterback balik silap aku tu...masalah lain plak dtg.....:((((

Terbayang2 je aku akan balik kerja dlm keadaan takde Phd:(..dan terbayang2 gak akan kembali lagi di negeri utara itu, meninggalkan sumernyer di sini....tp areT...napa mengalah yer?????

Bukan ke Dr Hayati dr FKM cakap,'hari2, apa yg kita dah buat,anggap sbb satu motivasi utk nak siapkan phd..bukan utk down kan diri'...dan seperti kata PM Dr Haryani dr Fakulti Sains dan Komputer, 'we do a good things, Allah will repays!'..dan seperti kata husband aku 'buat perlahan2, insyaAllah akan siap jugak' dan seperti kata insan yg melahirkan aku dlm dunia ni..'gonggam bagho api tu dik, biar sampai jd arang'...

Come on Zurriati......buat je, ok!!!!

Friday, February 17, 2012

Jumaat ini..

Alhamdulillah, seronok tengok kawan2 dah mula mengorak langkah ke alam perkahwinan. Esok majlis sambut menantu anak kak lang aku, dan 4 March ni plak, Nana plak, then Ira plak..(anis bila yer?hehehe,jgn marah anis). Memang best pergi kenduri kawen ni, makannyer pon sedap, dan dpt tgk pengantin yg cantik.

Sejujur2nyer ckp, sewaktu masih bujang dulu, aku mmg xsuka pergi majlis kenduri kawen. Pertama2nya sbb malas nak jawap soklan cepumas...dan rasa loser,benci!.Skg lain, pantang org ajak...mesti nak pergi.

Bercakap ttg berkahwin ni mmg best kan, dr segi persiapan, hinggalah ke hari kendurinyer...tapi sumer tu, sebagai syarat sahaja utk memberitahu umum yg kita nak berkahwin. Yang pentingnya adalah kehidupan selepas berkahwin.

Mungkin aku bukan org yg layak utk berceramah ttg perkahwinan, cuma pesanan aku pada diri aku sendiri dan yg tgh baca blog ni (kalau ada)...sabar...sabar...sabar....sampai bila2 pon kena sabar. Bukan senang nak hidup bersama ni. Logik la, kita lahir dr rahim yg berbeda, dibesarkan dgn Montessori yg berlainan, belajar di universiti yg x sama tajuk,dan cara hidup pon x sama. Jadi jgn expect dalam sehari kita bleh paham pasangan kita.Kena bg ruang kat diri kita dan dia utk kenal cara hidup masing2...

Bergaduh??heheheheh...biasalah tu...bumi mana yg x di timpa hujan betul tak? Kadang2 aku rasa adik2 bilik postgrad ni pasrah je tgk mata aku bengkak atau menjerit2 kat henpon...huhuhu.."sungguh berat hatiku merasakannya". Tapi tu la, bak kata mak aku...hidup berumah tangga ni, 'kono byk sabar dik oi, jgn byk jawap, ontok yo'. Aku ni mmg suka menjawap...dr dulu lagi..tu la sebab arwah abah aku suruh aku jd peguam...hehheheh..tp Allah tu Maha Besar. Dia jumpa kan aku dgn seorg lelaki yg sgt tak byk ckp...Jadi bila bergaduh tu, aku mcm ckp dgn dinding je la.Last2..'kemarahan ku reda sendiri' bak kata Elly Mazlin dlm lagunyer, Usah ditambah bara yg tersimpan...:))

Baru2 ni masa Iman warded kat DEMC, couple sebelah bilik Iman sgt la bergaduh2, ala2 WWF atau WWE, takut sungguh aku time tuh. Bukan apa....anak diorg malam2 nangis..aku sure sgt mak dia tensi...tu yg marah2 kat sominyer...aku pon ala2 busybody suruh panggilkan pakgad,bukan apa..risau di apa2 kannya anak dia tu nanti ...korang nak gaduh, gaduh la....last2 pakgad dtg..rupa2nya, mentua si perempuan tu pon ada skali..nasib baik dia tlg pegangkan baby tuh...cuma bg aku, x manis la korang nak gaduh di spital dan depan org tua....oh ya...rupa2nya couple ni sgt2 muda...bini 18 thn, lakinya 21 thn...tp bg aku, tu bukan tiket utk korang x bleh jd suami isteri dan parent yg baik..betul x?

Apa2 pon..didoakan kepada sumer kwn2 yg sudah dan akan berumah tangga, agar rumah tangga kita bahagia dan di rahmati Allah hendaknyer, Amin.

Wednesday, February 15, 2012

Menjauhkan diri

Akhir2 ni, mudah sangat berkecil hati dgn orang sekelilling. Mungkin sbb hormon kan...atau mungkin situasi yang sedikit 'menekan' akhir2 ni. Bermula dgn Iman masuk hospital 4 hari, tak sampai 2 jam dia discharged dr hospital,aku plak mengalami contraction yg kuat, complete miscarriage. Sakit jugak rupanya2 keguguran ni ek. Lepas je contraction, ada satu 'benda besar' sebesar hati lembu keluar . Mengingatkan pesanan doc haritu supaya bwk sekali 'benda besar' tu, maka MrN gak la, mempasrahkan diri mengutipnyer masuk ke plastik, dan bwk kami anak beranak ke Hospital Putrajaya.

On the way ke sana, kami dropped by Iman dulu kat rumah kak chik aku. Kesian Iman, baru kuar hospital, dah kena tinggal. Pas je hantar Iman, suddenly darah turun mcm turunnye air terjun kat Niagara Falls (exaggerate..hehehe). Terus pegi ke Emergency room, pas doc checked, katanya darah yg tinggal masih banyak, kena buat D&C gak. Baru tadi gugel, D&C=Dilating and Couretting.Setelah 2x tangguh, maka esoknya barulah D&C di buat, berdebarnyer rasa sbb kena masuk operation room, di bius dan di bedah. Dalam hati, doa je kat Allah semoga segalanya selamat sbb nak jumpa MrN dan Iman Najibah lagi.Alhamdulillah segalanya selamat.

Ok, berbalik kepada topik berkecil hati tadi, tak perlu dinyatakan siapa,cuma dia nya kawan yg agak rapat dgn aku. Niat baik aku telah disalah erti, maka dia berkecil hati dan menjauhkan diri. Salah aku juga x mendengar arahan MrN time tu supaya 'diam'. Mulut ni mmg x reti diam dan ini lah akibatnya. Namun, masih jua aku rasakan tindakan aku utk tidak diam itu betul. Berkali2 aku bgtau MrN kenapa aku perlu utk tidak diam. Mungkin MrN kesian dgn aku, lantas dia setuju dgn tindakan tidak diam aku tu, cuma dia kata..'niat atie baik, cuma dalam masa 'nak lepaskan anjing yg terperangkap,anjing lepas , kita balik yg digigit''. Skg ni,wlupun kawan itu telah bgtau yg dia dh lupakan, namun reaksi dia dh x mcm dulu. Mcm ada tembok yg dia cipta khas utk aku. Takpalah..suata masa nanti dia akan faham apa maskud utk tidak diam aku tu. MrN selalu bgtau aku kenapalah di kejar2 kawan yg skit pon x pernah nak ingat kat aku, yg ciptakan tembok utk aku,yg jarang bertanyakan hal aku...hargailah kawan baru,jiran2 dan yg di sekeliling kita...itu adalah kawan kita skg....

Thursday, January 19, 2012

Selamat Tidur Kekasih Gelapku.

"zu..kekasih gelap aku jumaat ni gi Jepun"...hehehehe lama aku x dgr istilah ni. Sejak kawin sampailah semlm...bila kwn aku ni sebut pasal kekasih gelap..lansung aku teringatkan 'kekasih gelap' aku dulu..heheheheh..sorry la beb,aku dah x mau nak ulang benda2 yg tak betul ni..insyaAllah.

Aku pernah terjebak dgn istilah 'kekasih gelap',waktu aku bujang2 dulu..mmmm...pandai sungguh dia bermain kata2, mempermainkan perasaan insan yg keseorangan dan kesunyian waktu itu. Aku pon, tak pikir panjang, terima sahaja kata2 manis tu. Aku jd buta, tak dpt menilai mata satu betul dan salah. Semua org salah bg aku, sbb diorg tak paham apa aku rasa.Dan yg paling kejam, aku tak fikir pon perasaan isteri 'kekasih gelap' aku tu kalau dia tau. Yang aku tau, perasaan aku mesti rasa happy. Jual ikan (read: selfish) betul aku time tuh.

Tapi, alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. 'Kekasih gelap' aku melanjutkan pelajaran di obersi dan aku di Msia, Jadi perhubungan fizikal terputus sama sekali.Betul kata org, masa merawat segalanya. Walau hati merasa sakit dgn ketentuan Ilahi itu, rupanya ada rahmatNya. Aku berjumpa dgn lelaki yg alhamdulillah, menjadi husband aku skg. Barulah aku berpijak di bumi nyata.

Lepas kawin dan menjalani hidup sbg isteri, sekarang aku faham perasaan bagaimana kiranya hak kita di ambil oleh org lain. Tak tergambar sakit hatinya. Doa aku, moga Allah ampunkan dosa2 aku yg lalu dan moga isteri 'kekasih gelap'aku tu ampunkan jua dosa aku yg pernah singgah di hati husband dia. Jgnlah sang isteri itu mendoakan keburukan utk aku,na'uzubillah.

Sekarang, aku mendengar dan memerhatikan kawan2 aku yg punya kekasih gelap. Mahu sahaja aku nak bg lecture sejam dua. Tak terfikir ke, ada hati yg terluka atas "kebahagiaan" kita?? Jgn bg alasan kat aku yg isteri/suami tu dh x layan kita dgn baik. Jgn tipu dgn aku bila ckp 'kami hanya suka2' BULLSHIT!..suka2 apa namanya tu bila asyik bersms,luahkan rasa hati,keluar sama2 berdua,tolong la..aku bukan ustazah tp jgn main2 dgn hukum Allah. Salah tetap salah. Aku pernah duduk kat tempat korang tu, aku tau apa rasanya, walking on air. Akibatnya, sampai skg aku galas rasa bersalah tu,berat rasanya.

Tapi aku tau, masing2 bukan rendah taraf pendidikan dunia dan akhiratnya. Cuma utk masa sekarang, syaitan tgh bermain dgn permainannya. Ya Allah, moga di berikan petunjukMu kepada mereka. Amin.

Tuesday, January 17, 2012

Terukir di bintang



Pagi tadi x lelap tido...lately aku asyik mimpi moment graf, mimpi iman ckp 'mama,napa x siapkan lagi discussion bab moment tu' dan yg paling berdebar, aku mimpikan co-SV aku..hehehehe...paranoid ke aku skg, atau itu mmg sindrom pelajar semester akhir yg projeknyer tak siap2 seperti yang dijadualkan? Takpelah...biarkan dulu topik phd ni. Ianya takkan habis selagi aku belum berada di Dewan Agung Tuanku Canselor, mendengar nama aku di panggil " Zurriati Mohd Ali,Doktor Falsafah!!!"...insyaAllah. Aku yakin aku akan dpt Phd, cuma lambat atau cepat je....

OK, pagi td aku tgk video klip lagu Yuna bertajuk 'terukir di bintang'. Aku bukanlah peminat Yuna sbb aku x suka suara dia..aku lebih suka kan Fauziah Latiff dan Ella...heheheh..itu mmg diketahui umum. Satu benda yang aku suka tgk dlm video ini ialah lokasi video klip ni di ambil...kalau tak salah aku, kat Itali. MasyaAllah..sukanyer aku tengok. Terdetik kat aku utk ke sana, tp ntah bila.

Aku teringin nak gi Europe. Tengok pics kawan2 yg sudah ke sana...subhanallah, cantik sungguh,bertuah badan kalau dpt menjejakkan kaki di sana. Tapi,kali ni aku dh bertekad, ke mana saja aku pergi, Iman dgn Najib mesti ikut. Aku dah puas hidup membujang dulu. Seriously, bertiga lebih baik. Tapi tu la, kewangan masih belum mengidjinkan dan masih byk lagi urusan2 phd yg memerlukan aku selalu berada di sini.

InsyaAllah..jika sudah terukir di bintang...adalah redjekinya tu..

Friday, January 13, 2012

Blighted Ovum

So now it was confirmed as a blighted ovum. A sac without a baby. I went around and keep on talking about it until I felt some sort of relieved and tired. But believed me, even it was inside me for about 9 weeks, the bonding was there. I can't help from falling to cry.

Thursday, January 12, 2012

Teruskan..

....walau di hati ada rasa sangsi dgn kebolehan diri utk bekerja dan otak utk berfikir. Terdetik di minda, klu bukan aku sendiri yg menggerakkan projek Phd aku ni, siapa lagi?Demi Tuhan, aku berani bertaruh tiada siapa pun yang ambil tahu jatuh bangun nyer projek ini melain kan diri aku sendiri. Jadi,tepuk dada,tanyalah Iman Najibah:) Dia sendiri yg lihat dgn dua mata nya,mcm mana mama dia menangis waktu menyusukan dia, mcm mana mama dia tampar kaki dia sbb geram dgn projek yang entah bila siap! Sampaikan satu tahap, Iman hampir pitam sbb mama dia hilang akal marahkan dia.Sian Iman.

Memang.....ramai yg cakap projek aku ni senang. Tapi percaya lah, tak mudah untuk aku nak menyelesaikan benda yang senang ni, selain terpaksa berperang dgn diri sendiri dan situasi yang tak dpt di elakkan.

Tidak...kawan cakap aku mengelak utk siapkannya, demi Allah.. tidak!! cuma kadang2 aku hilang arah. Kadang2 aku jadi tak tahu ke mana hala projek aku ni. Terpaksa naik ke level 18, meminta sang SV utk tunjukkan kembali peta utk ke destinasi. Semangat pulih semula, harapan subur kembali.

Berat...setiap hari hati ini rasa berat.Sang suami cakap,'go around and take deep breath'.Degil betul sang isteri ini bila menjawap,'masa itu emas'. Lumayan sahaja jawapan mcm tu bila di fakulti aku hanya duduk depan pc mengadap FB, blog dan mcm2 lagi perkara lagho.

Tapi..lain kali kalau di tanya aku, masih mahu kah utk buat research....mmm...utk tika dan saat ini.....aku tiada jawapan.

Wednesday, January 11, 2012

Terlupa

Terkecil hati dgn seseorg bernama kawan. Kenapa aku lupa, walaupun telah berapa kali aku berjanji dgn diri aku, hanya 'suami' sahaja kawan baikku sekarang?Kenapa lupa?

Sudah namanya kawan, sudah pastilah sokongannya pada kawan yg dekat di hatinya. Aku tak faham kenapa kepadanya aku adukan rasa terkilan aku pada kawan yg dekat di hatinya itu?Tersilap langkah aku kali ini. Kan hanya menambah rasa luka dan akibatnya sakit pada hati yg sudah aku merajuk kan. Sudah lah, malas nak fikir, tp kenapa kecilan hati itu masih ada? Mungkin kemalasan utk aku fikirkan hal itu, belum mencapai maksud malas sebenarnya. Mungkin otak ini masih rajin melayan hasutan2 syaitan ini.

Tuesday, January 10, 2012

Hati...jgn gagalkan aku

Hati rasanya mahu menangis, tp kalau menangis nanti, kepala akan sakit...susah nak gambar kan apa dalam hati aku skg ni..sebab ianya di dalam..klu ianya di luar, aku yakin sumer mengerti. Tiap2 hari aku bangun tido, ada rasa 'sesuatu' dlm hati...'agaknya boleh ke tak aku dpt phd ni','standard keja aku x setanding dgn kerja2 org yg dpt phd, bleh ke aku dpt phd ni?',"org lain dah nak siap, aku masih x nampak arah keluar dr terowong gelap ni, bleh ke aku dpt phd ni?'..ni la suara2 hati aku tiap2 hari..tanpa gagal walaupun sehari.

Sebenar2 nya...aku dalam situasi tak pasti..apakah layak Phd itu utk aku....Ya Allah, berikan petunjukmu kepada aku, permudahkan ia bgku dan jgn lah kau sukarkan. Amin
Don't quit because something went wrong. Quit because you tried your hardest and nothing made it better.