Thursday, January 19, 2012

Selamat Tidur Kekasih Gelapku.

"zu..kekasih gelap aku jumaat ni gi Jepun"...hehehehe lama aku x dgr istilah ni. Sejak kawin sampailah semlm...bila kwn aku ni sebut pasal kekasih gelap..lansung aku teringatkan 'kekasih gelap' aku dulu..heheheheh..sorry la beb,aku dah x mau nak ulang benda2 yg tak betul ni..insyaAllah.

Aku pernah terjebak dgn istilah 'kekasih gelap',waktu aku bujang2 dulu..mmmm...pandai sungguh dia bermain kata2, mempermainkan perasaan insan yg keseorangan dan kesunyian waktu itu. Aku pon, tak pikir panjang, terima sahaja kata2 manis tu. Aku jd buta, tak dpt menilai mata satu betul dan salah. Semua org salah bg aku, sbb diorg tak paham apa aku rasa.Dan yg paling kejam, aku tak fikir pon perasaan isteri 'kekasih gelap' aku tu kalau dia tau. Yang aku tau, perasaan aku mesti rasa happy. Jual ikan (read: selfish) betul aku time tuh.

Tapi, alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. 'Kekasih gelap' aku melanjutkan pelajaran di obersi dan aku di Msia, Jadi perhubungan fizikal terputus sama sekali.Betul kata org, masa merawat segalanya. Walau hati merasa sakit dgn ketentuan Ilahi itu, rupanya ada rahmatNya. Aku berjumpa dgn lelaki yg alhamdulillah, menjadi husband aku skg. Barulah aku berpijak di bumi nyata.

Lepas kawin dan menjalani hidup sbg isteri, sekarang aku faham perasaan bagaimana kiranya hak kita di ambil oleh org lain. Tak tergambar sakit hatinya. Doa aku, moga Allah ampunkan dosa2 aku yg lalu dan moga isteri 'kekasih gelap'aku tu ampunkan jua dosa aku yg pernah singgah di hati husband dia. Jgnlah sang isteri itu mendoakan keburukan utk aku,na'uzubillah.

Sekarang, aku mendengar dan memerhatikan kawan2 aku yg punya kekasih gelap. Mahu sahaja aku nak bg lecture sejam dua. Tak terfikir ke, ada hati yg terluka atas "kebahagiaan" kita?? Jgn bg alasan kat aku yg isteri/suami tu dh x layan kita dgn baik. Jgn tipu dgn aku bila ckp 'kami hanya suka2' BULLSHIT!..suka2 apa namanya tu bila asyik bersms,luahkan rasa hati,keluar sama2 berdua,tolong la..aku bukan ustazah tp jgn main2 dgn hukum Allah. Salah tetap salah. Aku pernah duduk kat tempat korang tu, aku tau apa rasanya, walking on air. Akibatnya, sampai skg aku galas rasa bersalah tu,berat rasanya.

Tapi aku tau, masing2 bukan rendah taraf pendidikan dunia dan akhiratnya. Cuma utk masa sekarang, syaitan tgh bermain dgn permainannya. Ya Allah, moga di berikan petunjukMu kepada mereka. Amin.

3 comments:

  1. macam tau sape je kak zue..hehe..moga2 kak zue bpeluang menasihati org2 tersebut..amin..=)

    ReplyDelete