Thursday, November 22, 2012

Jealous?

Pagi td masa tgh iron baju, husband aku menjerit dr bawah..."atie, dr roliza kat TV", lansung aku switch off iron dan berlari turun ke bawah. Kat rancangan MHI, Dr Roliza, merangkap pediatrician yang selalu kami visit setiap kali Iman tak sihat, sedang ke udara. Aku mmg mengkagumi Dr Roliza ni, selain drpada dia sweet, dia pandai berinteraksi dgn kanak2 dan parents. Jauh di sudut hati aku, aku pon nak berjaya seperti dia jugak.

Tapi semenjak menceburi bidang PhD ni, aku belajar yg pandai bukan the only one tiket utk berjaya, Byk lagi cara untuk berjaya. Utk suri rumah, menjaga anak dgn baik pon berjaya jugak. Tapi bekerja dan menjaga anak, itu satu bonus. Jealous? perasaan ni mmg selalu ada. Tak payah ambik contoh org lain, ambik contoh diri aku je. Setiap kali aku dgr ada org berjaya dpt Phd, aku rasa down. Aku rasa jealous.Tapi husband aku ckp, perasaan tu normal pada setiap org terutamanya pada perempuan. Yeap, aku setuju dgn pendapat dia. Cuma, aku harap aku dpt didik perasaan jealous aku ni ke arah yg positif.

Semalam aku dh present paper aku dgn selamatnya, Alhamdulillah. Mengaku yg diri dan isi projek ini byk lagi yg perlu di perbaiki. Tapi aku x mau dah rasa down. Aku cuba cr faktor yg boleh naikkan semangat aku sewaktu mhadiri konferen ni. Bila pandang sekeliling, aku baru perasan, dalam sesi  aku tu, aku je yg mewakili kaum hawa. Lansung aku bangga dan lagu Tokti bertajuk "Wanita" bermain di kepala. Aku bangga dgn diri aku sbb semalam, selepas mengharungi 3.5 tahun, barulah aku boleh duduk bersama2 dgn kaum Adam yg selama ni menguasai journal2 dalam bidang aku ni. Aku pasti husband aku berbangga dgn aku semlm, wlupun "Zahir Tak Terucap", tp dr riak wajah dia, aku tau dia kagum ngan aku...*perasan*. Mak mesti happy sbb doa dia Allah sambut..dan jika arwah ada..dia mesti ckp "abah bangga dgn adik". Walaupun apa yg aku buat semalam tu kecik pada pandangan mata org, aku tak kisah. Aku bangga sebab aku dpt lawan rasa lemah dlm diri aku. Thanks utk kawan2 yg doakan aku dan msg2 yg membina semangat.

2 comments:

  1. aku tumpang bangga :)

    Apakah reaksi Kirk?

    ReplyDelete
  2. neny, turned out kirk x jd nak jd mc...there's one guy from taiwan yg replaced him.lega..heheheh

    ReplyDelete