Friday, November 23, 2012

Malas

Mengadap SV lagi kali ni...entah berapa kali dia ingatkan aku utk start writing....tak pernah mula.....assal la kau malas sgt ni areT!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 22, 2012

Jealous?

Pagi td masa tgh iron baju, husband aku menjerit dr bawah..."atie, dr roliza kat TV", lansung aku switch off iron dan berlari turun ke bawah. Kat rancangan MHI, Dr Roliza, merangkap pediatrician yang selalu kami visit setiap kali Iman tak sihat, sedang ke udara. Aku mmg mengkagumi Dr Roliza ni, selain drpada dia sweet, dia pandai berinteraksi dgn kanak2 dan parents. Jauh di sudut hati aku, aku pon nak berjaya seperti dia jugak.

Tapi semenjak menceburi bidang PhD ni, aku belajar yg pandai bukan the only one tiket utk berjaya, Byk lagi cara untuk berjaya. Utk suri rumah, menjaga anak dgn baik pon berjaya jugak. Tapi bekerja dan menjaga anak, itu satu bonus. Jealous? perasaan ni mmg selalu ada. Tak payah ambik contoh org lain, ambik contoh diri aku je. Setiap kali aku dgr ada org berjaya dpt Phd, aku rasa down. Aku rasa jealous.Tapi husband aku ckp, perasaan tu normal pada setiap org terutamanya pada perempuan. Yeap, aku setuju dgn pendapat dia. Cuma, aku harap aku dpt didik perasaan jealous aku ni ke arah yg positif.

Semalam aku dh present paper aku dgn selamatnya, Alhamdulillah. Mengaku yg diri dan isi projek ini byk lagi yg perlu di perbaiki. Tapi aku x mau dah rasa down. Aku cuba cr faktor yg boleh naikkan semangat aku sewaktu mhadiri konferen ni. Bila pandang sekeliling, aku baru perasan, dalam sesi  aku tu, aku je yg mewakili kaum hawa. Lansung aku bangga dan lagu Tokti bertajuk "Wanita" bermain di kepala. Aku bangga dgn diri aku sbb semalam, selepas mengharungi 3.5 tahun, barulah aku boleh duduk bersama2 dgn kaum Adam yg selama ni menguasai journal2 dalam bidang aku ni. Aku pasti husband aku berbangga dgn aku semlm, wlupun "Zahir Tak Terucap", tp dr riak wajah dia, aku tau dia kagum ngan aku...*perasan*. Mak mesti happy sbb doa dia Allah sambut..dan jika arwah ada..dia mesti ckp "abah bangga dgn adik". Walaupun apa yg aku buat semalam tu kecik pada pandangan mata org, aku tak kisah. Aku bangga sebab aku dpt lawan rasa lemah dlm diri aku. Thanks utk kawan2 yg doakan aku dan msg2 yg membina semangat.

Tuesday, November 20, 2012

Degup kian kencang

 
.....tatkala aku usha2 tentative program untuk esok...presenter sumernya org hebat2,dr kaum Adam.. mampukah aku???? Doakan aku yer kawan2, dah x larat nak berdebar dah.

Monday, November 19, 2012

Bertenang

Sekali lagi aku kena present depan org ramai. Berbanding dgn di Bandung dulu, konferen kali ni lebih ke arah Aeronautical dan Aerospace, which is sgt la bidang aku...3.5 tahun dh aku mengadap projek aku ni, tapi utk menceritakan pada sifu2 aerospace ttg apa yang aku buat, sangatlah menakutkan dan memalukan. Takut sbb aku rasa aku x cukup ilmu lagi utk berkata "well ladies and gentleman...the novelty of this project is....", seriously tak berani. Tambahan pulak yg bakal jd chairman utk sesi aku nanti ialah ex classmate aku masa kat MRSM dan USM dulu. Dia ngan aku mmg x sama frekuensi. Jadi aku mengandaikan aku akan dibelasah teruk,kiri dan kanan masa presentation nanti yer. Malu sbb english aku very bad. Hari tu SV aku ckp 'my daughter's english is better than u'. Mcm tertusuk duri sembilu rasanya. Semalaman aku menangis mengenangkan nasib diri. Esoknya aku bgn dgn rasa yg positif. "Orang menegur sbb mereka ambil tahu hal kita", kan bagus mcm tu. Entah, presentationnya lusa,sampai skg slides aku x siap2...tensiooon...aku perlukan liburan. Bertenang...

Saturday, November 3, 2012

Panik

Pagi ni bangun dgn rasa takut..aku cuba untuk duduk bertenang,membuat kerja2 yang patut aku lakukan. Tapi helaian2 demi helaian journal yg aku selak,menimbulkan rasa panik. Tiba2 rasa nak buat itu, nak buat ini, tak tahu ini, tak tahu ini, kena tahu ini, kena tahu itu..the list goes on.

Silap aku ke bilamana aku rs saat aku nak start menulis ini, semuanya mcm belum bersedia. Terasa segalanya masih baru. Malu untuk aku catitkan kelemahan aku ni di sini...Kemudian mouse di tgn aku klik ke halaman Muka Buku...Oh, makin sesak fikiran aku. Tutup.

Kembali...cuba bertenang...