....walau di hati ada rasa sangsi dgn kebolehan diri utk bekerja dan otak utk berfikir. Terdetik di minda, klu bukan aku sendiri yg menggerakkan projek Phd aku ni, siapa lagi?Demi Tuhan, aku berani bertaruh tiada siapa pun yang ambil tahu jatuh bangun nyer projek ini melain kan diri aku sendiri. Jadi,tepuk dada,tanyalah Iman Najibah:) Dia sendiri yg lihat dgn dua mata nya,mcm mana mama dia menangis waktu menyusukan dia, mcm mana mama dia tampar kaki dia sbb geram dgn projek yang entah bila siap! Sampaikan satu tahap, Iman hampir pitam sbb mama dia hilang akal marahkan dia.Sian Iman.
Memang.....ramai yg cakap projek aku ni senang. Tapi percaya lah, tak mudah untuk aku nak menyelesaikan benda yang senang ni, selain terpaksa berperang dgn diri sendiri dan situasi yang tak dpt di elakkan.
Tidak...kawan cakap aku mengelak utk siapkannya, demi Allah.. tidak!! cuma kadang2 aku hilang arah. Kadang2 aku jadi tak tahu ke mana hala projek aku ni. Terpaksa naik ke level 18, meminta sang SV utk tunjukkan kembali peta utk ke destinasi. Semangat pulih semula, harapan subur kembali.
Berat...setiap hari hati ini rasa berat.Sang suami cakap,'go around and take deep breath'.Degil betul sang isteri ini bila menjawap,'masa itu emas'. Lumayan sahaja jawapan mcm tu bila di fakulti aku hanya duduk depan pc mengadap FB, blog dan mcm2 lagi perkara lagho.
Tapi..lain kali kalau di tanya aku, masih mahu kah utk buat research....mmm...utk tika dan saat ini.....aku tiada jawapan.
No comments:
Post a Comment