Monday, March 4, 2013

Isnin

dah lama nak menulis kisah ni...tp tak tertulis...so sementara ingat, baik aku tulis siap2...ini adalah dialog ringkas antara aku dan seorg student Phd yg baru daftar bulan 9 2012 yg lalu.

Aku: En X, ada no phone Z tak?
En X: takde, takde kepentingan pon saya nak simpan number dia.

Mmm..Z ni kawan sebilik kami. Ada nada 'eksyen' skit dlm jawapan En. X tu. Memanglah takde kepentingan pun Z tu pada dia sekarang, in future kita tak tahu kan? Moral of the story..."lihatlah kehidupan ini berputar..sekali di atas sekali di bawah":)))))

Thursday, February 28, 2013

Sakit dada..

Macam yg aku meroyankan di FB ituari..akhir2 ni aku mengalami masalah panik attack dan hypercondriac...kondisi d mana aku rasa each and every part of my body sakit...then badan aku rasa berpeluh2 dan berdebar2....dada rasa sakit dan sesak nafas.

Itulah ko areT, assal tak start sumer ni dr awal???????????????????????

Sunday, February 24, 2013

Tersentuh hati

..bila membaca komen dr abg kandung aku di fb tadi..komen dia lebih kurang begini " org yg kurang stress adalah org yg meletakkan sepenuh pengharapannya kepada Allah dan menerimanya samada baik atau buruk. Org yg stress adalah org yg suka mengambil kerja Allah..sehinggakan kita sentiasa takut kepada sesuatu yg belum berlaku..padahal Allah lah yg menentukan segala2nya" ..amat terkesan...*we always afraid of the unknown*

Wednesday, February 20, 2013

Rasa ini..

Terlalu byk janji yg di beri...tapi aku tahu yg aku tak mintak rezeki dr dia, dia dan dia. Tapi aku minta kepada Allah yg Maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sunday, January 20, 2013

Monolog Ahad


Mahu bercerita ttg PhD..penat berlari2 anak dr garis permulaan..dan insyaAllah, akan menuju ke garisan penamat. Pun masih berlari2 anak. Takde istilah pecut sepanjang tempoh ini, mengetahui diri serba kekurangan sana dan sini..terutamanya dalam pengurusan waktu. Aku tak salahkan perkahwinan, tempoh pregnant dan menjaga anak. Tiada kekesalan, sebaliknya bersyukur sbb sepanjang melalui jalan yg sgt sunyi ini...ada penghibur: suami, mak ,Iman, Dal, Sari,Kak Zue, Anis,Ghazi,Man, Rizal, Sidi, Nana, Dedek, FAriza, Ira dan ramai lagi..termasuk kwn2 blog. Sesuai dgn maknanya, IMAN=Kepercayaan, anak kecil ini memberi aku kepercayaan bahawa, kalau kita nakkan sesuatu, mesti berusaha kearahnya. Jgn dikira cepat atau lambatnya. Yang penting buat..buat..buat..selebihnya Allah yang tentukan.

Selama hampir 4 thn ni, byk benda yg aku belajar. Pertamanya adalah, ilmu itu milik Allah. Allah sahaja yg layak memberikan kepada sesiapa yg Dia kehendaki.Kedua, menerima hakikat diri tak sempurna. Betul, kalau di bandingkan dgn Rizal, Aman, Rozaiman,Mat Zaini, Adli, Hisham, Idayu atau Ramzy, aku adalah student SV aku yg sgt slow...sumer slow, buat keja slow, nak faham satu benda pon slow.Tapi sbb percaya pd keupayaan diri dan mengetahui yg masing2 ada masalah tersendiri, hati ada sedikit kelegaan. Manusia semuanya sama. yg bezanya kita di sini Allah adalah Ilmu dan Amal.Ketiga, jgn kedekut ilmu dan keempat..jauhi perasaan riyak dan ujub. Menipu kalau aku ckp xde perasaan riyak dan ujub di hati aku. Malah kdg2 bila kenalkan diri, aku akan ckp aku "phd student", giler poyo. Tapi semakin aku bertambah tahu, makin aku nampak kebodohan aku. Makanya, diruang manakah utk aku nak riyak...Allah jugak yg Maha Bijaksana.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Tuesday, January 8, 2013

Setengahari di kafe

Sewaktu aku menulis blog ini...kat telingaa ku ada headphone...lagu"Sendiri" nyanyian kumpulan MAY sedang berkumandang....cewah..ala2 tulis novel gitu...heheheheh..tgh hari ni layan blues.

Tadi aku lunch sensorang kat Kafe 2, lama dah aku x lunch sensorang...kat kafe..kalau kat kopitiam tu..selalu aje..in fact aku suka layan blues sensorang kat kopitiam..kat kafe xde ekon...so, klu food tu pedas...bisa berpeluh di buatnya.

Ni nak citer sat yer...masa di kafe tadi..setiap meja di penuhi dgn kapel (pompuan+laki). Status tak di ketahui samada berkasih2an, bertonang ataupon sudah berkawin. Coma meja aku je tak happening sbb makan sensorang sambil menghayati lagu di kepala....sambil makan..pasang telinga...hehhehe..kat sebelah meja aku tu...ada kapel ni yg aku agak umur masih setahun jagung, makan duit pinjaman atau biasiswa lagi...dan status mereka masih x pasti...duduk bersebelahan dan membiasakan diri masing2 'baby'. seriously takde ciri2 baby pada kedua2 insan yg sedang berkasih2 an ini...pastinya Iman Najibah kecewa sbb kapel ni ckp depa baby..ewwww.Nasib baik lauk aku tu sgt pedas..makanya aku habiskan food itu cepat dan blah..terfikir2 kat benak aku ni..kat mana la ciri2 baby kat kapel tu..heheheheh

Aku mmg takde keja kan...heheheheh

Wednesday, January 2, 2013

Hutang..

hutang aku kat KPT, dr hari aku mendaftar masuk sbg master student, thn 2003 hingga kini adalah
 RM 74289.61:(