Sunday, January 20, 2013

Monolog Ahad


Mahu bercerita ttg PhD..penat berlari2 anak dr garis permulaan..dan insyaAllah, akan menuju ke garisan penamat. Pun masih berlari2 anak. Takde istilah pecut sepanjang tempoh ini, mengetahui diri serba kekurangan sana dan sini..terutamanya dalam pengurusan waktu. Aku tak salahkan perkahwinan, tempoh pregnant dan menjaga anak. Tiada kekesalan, sebaliknya bersyukur sbb sepanjang melalui jalan yg sgt sunyi ini...ada penghibur: suami, mak ,Iman, Dal, Sari,Kak Zue, Anis,Ghazi,Man, Rizal, Sidi, Nana, Dedek, FAriza, Ira dan ramai lagi..termasuk kwn2 blog. Sesuai dgn maknanya, IMAN=Kepercayaan, anak kecil ini memberi aku kepercayaan bahawa, kalau kita nakkan sesuatu, mesti berusaha kearahnya. Jgn dikira cepat atau lambatnya. Yang penting buat..buat..buat..selebihnya Allah yang tentukan.

Selama hampir 4 thn ni, byk benda yg aku belajar. Pertamanya adalah, ilmu itu milik Allah. Allah sahaja yg layak memberikan kepada sesiapa yg Dia kehendaki.Kedua, menerima hakikat diri tak sempurna. Betul, kalau di bandingkan dgn Rizal, Aman, Rozaiman,Mat Zaini, Adli, Hisham, Idayu atau Ramzy, aku adalah student SV aku yg sgt slow...sumer slow, buat keja slow, nak faham satu benda pon slow.Tapi sbb percaya pd keupayaan diri dan mengetahui yg masing2 ada masalah tersendiri, hati ada sedikit kelegaan. Manusia semuanya sama. yg bezanya kita di sini Allah adalah Ilmu dan Amal.Ketiga, jgn kedekut ilmu dan keempat..jauhi perasaan riyak dan ujub. Menipu kalau aku ckp xde perasaan riyak dan ujub di hati aku. Malah kdg2 bila kenalkan diri, aku akan ckp aku "phd student", giler poyo. Tapi semakin aku bertambah tahu, makin aku nampak kebodohan aku. Makanya, diruang manakah utk aku nak riyak...Allah jugak yg Maha Bijaksana.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

8 comments:

  1. xpe k.zue..bkn plg lmbt..tp sume org ada cabaran tsendiri..:-)

    ReplyDelete
  2. kak zu,

    masa bukanlah pengukur yang utama, yang utama sekali, apa yang kita dapat sepanjang perjalanan kita. Kita kena fikir positif tapi dalam masa yang sama, kita kena cabar diri kita untuk keluar dari zon selesa kita, barulah ada peningkatan dalam hidup.

    ReplyDelete
  3. tq anis...terlalu lama dalam zon selesa:(..bila balik sini

    ReplyDelete
  4. Terharu kerana nama aku disertakan dalam bingkisan ini... hehehhe. Tak pe tie. Sabar jer. InsyaAllah akan tiba masanya. Kita cuba sama2 OK!

    ReplyDelete
  5. Selamat Untuk akak.. :D

    ReplyDelete