Salam Kemerdekaan utk semua ..Salam 1 Malaysia (hehehehe)
Setelah lama merancang, akhirnya 30 hb aritu, aku berkesempatan berbuka puasa dgn Dalina dan suaminya, Midon. Sebenar aku dan N merancang nak belanja depa kat Hotel UiTM,tp bila aku kol untuk book, dah fully booked sampailah 7 September ni..aiyo la. Jadi, utk nk senangkan keadaan, aku pilih Restoran JM Bariani, dan menunyer semestinya lah Nasi Beriyani. Sedap gak la food nyer sbb aku skg, berselera je makan..hehehehe..Dal nampak cute, maybe sbb dia akan dpt anak perempuan (insyaallah). Lama aku tak berjumpa dgn dia. Dan akhir2 ni aku merasakan hubungan aku dgn rakan2 yg lain agak "jauh" skit. Aku tak tau kenapa, maybe sbb kealpaan aku nak menghubungi kwn2, atau masing2 busy. Lagipun bulan puasa kan, masing2 sibuk nak siapkan kerja sebelum cuti panjang utk raya. N ckp, klu sumer org takmau kawan dgn aku, dia akan jadi kwn baik aku..hehehehe..lain..kwn dgn husband..lain sgt2...
Semlm cuti merdeka, aku ajak N p kluar shopping. Saja nak pi usha2 tudung dan tgk pakaian terkini utk raya. Aku sgt yakin tahun ni org akan pakai fesyen kurung kaftan yang di promosikan oleh Rizman Ruzaini, modelnyer Tokti. Betul sangkaan aku..dah ada org jual, dan ada org beli. Tapi adakah perlu memakainya dgn skaf Tokti gak?? Sgt la ramai org kat PKNS tu dan parking penuh. Sebenarnya aku suker je suasana meriah mcm ni, cuma aku tgk N kurang suka skit keadaan ni. Ni yg aku tak baper suka p shopping dgn org lelaki ni. Depa suka wat style depa shoping. Plan nak beli apa, pi kedai tu, beli dan balik....tension gak aku tgk muka dia mcm terjepit nk balik cepat tatkala aku menghayati todong2 dan baju2 kat PKNS tu....mm..pasni aku nk p ngan kwn2 or anak buah aku je la..see, ni la beza kawan2 dan husband.Bab2 shopping, kwn2 sgt diperlukan..
Raya thn ni persiapan aku ala kadar je la. Takde baju baru sbb aku rasa rugi je kalau beli. Pakai je la baju yg ada. Raya bg aku adalah sekadar meraikan kemenangan melawan segala nafsu nafsi semasa bulan Ramadhan. So puasa lagi penting. He3...bunyi cam pasrah je kan.Oklah..kena stop sini dulu, ada kerja nak wat skit. Salam Ramadhan
**Dal, thanks bg hadiah..
Berjaya mengelak beli jubah????
ReplyDeletesgt la..x kuasa aku!
ReplyDeleteZue, aku sudi jd kwn ko, bleh?...hehehehhe
ReplyDeletekalau kau sodi...aku pon sodi..heheheeh
ReplyDelete