Friday, June 7, 2013

Redha

Mission completed. Lepas ni bila ditanya apakah usaha2 untuk aku terus berada di sini, aku ada jawapan. Aku memohon dr peringkat bawahan sampailah ke peringkat paling atas, namun masih juga tak berjaya. Baru td aku berjumpa dgn pemimpin peringkat atas universiti ini. Pergi dgn rasa takde harapan apa2, cuma tak mahu melepaskan setiap peluang yg ada. Aku cakap dgn husband aku "kalau diluluskan permohonan aku ni, mmg satu rezeki dan kalau di tolak pon ini adalah satu rezeki jugak". Jd bila dah diputuskan di mahkamah dunia yg permohonan itu gagal..maka aku bersyukur sbb Allah dah beri petunjuk atas segala doa2 aku selama ni, yg tempat aku buat masa ini perlunya d Penang. Jgn takut dgn perancangan Allah sbb itu yg terbaik. Redha, pasti ada hikmahnya. Senyum!

Thursday, June 6, 2013

Jgn putus harapan

Rentetan ttg entry yg lepas...lepas menangis sehari semalam mengenangkan nasib yg bakal berjauhan dgn suami,pelbagai kesusahan yg bakal di hadapi,etc,..entah mcm mana aku dpt semangat dr kawan baik aku (husband aku la..heheheh), yg mana lepas dia bg sedikit kata2 semangat, aku skit pon x penah nangis dah kenangkan ketentuan ini, melainkan dgn redha.

Fine, alhamdulillah, I am so much better now. Now, I am so looking forward to serve for my country. Org berbudi, kita berbahasa, ye tak? Mmg rezeki tu dtg dr Allah, dan Allah salurkan rezeki tu melalui biasiswa/elaun yg aku dpt,makanya, sebagai tanda syukur, haruslah bagi aku untuk kembali berbakti kepada anak bangsa demi agama. Wallahualam. Bak kata Prof Muhaya, kita selalu nak org layan kita dgn baik, tp terfikirkah kita, adakah kita juga melayan org dgn baik?

Takpelah, kiranya takdir aku ke Penang, makanya pergi sahaja. Bukannya Allah tarik suami itu dr aku, dan bukannya kurang kasih sayang kalau berjauhan, insyaAllah. Aku akan sentiasa berdoa agar Allah jgn bg aku satu ujian yg tak mampu aku hadapi.Jgn putus harapan, kita tak tahu apa yg Allah akan berikan pada kita pada esok hari.Senyum!

Wednesday, May 29, 2013

Semoga tabah

19 hari bulan ni aku kena masuk kerja semula...takde lagi talian hayat yg boleh di gunakan kecuali 'unpaid leave' selama 3 bulan. Hari tu berkira2 jugak nak ambil unpaid leave ni,tp memandangkan yang aku dan husband mmg tak mampu jika salah seorg dr kami x bekerja, maka terpaksa la juga membatalkan hasrat itu. Permohonan utk aku transfer ke Shah Alam telah di 'KIV' dgn alasan aku kena siapkan PhD ni dulu. So, no way out melainkan terpaksa ke Penang semula. Setelah berdiskusi maka kami mengambil decision utk duduk berasingan dulu utk masa ni. Nak suruh husband aku bhenti kerja mungkin satu tindakan yg agak pentingkan diri sendiri, dia lelaki..mesti ada ego dia jugakkan. Makanya, dgn paksa rela..aku terpaksa ke sana membawa title married bachelor, dgn keadaan aku tgh pregnant, dgn nak uruskan Imannya persekolahan sumer, rumah utk di sewa, writing thesis yg tak siap2, beban mengajar, berjauhan dgn suami, etc, mmg sesuatu yg mengundang air mata.

Jgn ckp aku tak sabar sbb berat mata memandang, berat lg bahu aku yg memikul. Apa hikmah atas semua dugaan ini aku tak tahu, tapi aku tahu, bila aku di uji, maksudnya Allah sayang. Semoga aku terus tabah.

Wednesday, April 3, 2013

Teraniaya

Diri ini rasa teraniaya dgn sikap sombong seorang yg bernama ketua . Walaupun diri sudah memaafkan dia kerana Allah..namun pada Allah jua aku meminta agar dia 'turun ke bumi'..kerana bila terlalu lama dia menongkat bumi, dia terlupa yang dia juga manusia yg di beri amanah...doa aku ini utk kebaikkan dia, aku dan semua yg rasa mcm yang aku rasa...

*sms dr seorang rakan "Allah uji dia dgn pangkat seperti firaun"

Tuesday, March 26, 2013

Misi ke Lumut dan Penang

Malam td baru sampai dari Penang. Misi untuk menziarah kawan husband dan anak buah di lumut, Penang dan Rektor kampus berjaya seperti yang di rancang. Cumanya, ada target yang tak kesampaian, iaitu permohonan aku utk pertimbangan transfer ke kampus Shah Alam telah di tolak oleh Rektor. InsyaAllah, doaku agar usaha2 yang aku plan selepas ni, akan mendapat jawapan yang positif. Sekurang2 nya aku berusaha.

Masih kabur ttg apa hikmah sebalik semua ini, tp ALLAH adalah sebaik2 perancang. Kita tak tahu. Aku dah tak mau dah buat kerja Allah. Stress. Yang aku tau aku kena siapkan thesis aku ni. Mohon doanya yer kawan2.

Friday, March 22, 2013

Marah

Akhir2 ni memang agak kusut.Mengejar deadline dan menguruskan segala kerja yang lain bukanlah sesuatu yg aku suka dan menyenangkan. Aku sgt kagum dgn org yang byk anak, melayan kerenah suami, anak, bos dan segala mcm tok neneknya, dan dalam masa yang sama dpt menyiapkan PhD jugak.Seriously aku kagum.Hal mcm tu tak berlaku kat aku. Aku ni kurang sabar, kurang teliti, kurang minat dan segala2 nya kurang..apa yang ingin Allah tunjukkan pada aku atas penglibatan aku dlm arena ini masih bagaikan teka teki.Wallahualam.

Bulan 6 ni, aku kena masuk kerja semula.Takde lagi talian hayat yg membantu kecuali masih diizinkan untuk cuti tanpa gaji, CTG dlm tempoh tiga bulan. Berkira2 jugak dalam fikiran aku ni utk ambik CTG, tapi memandangkan aku dan suami tak byk menabung, di samping CTG ni jugak akan ada effectnya bila aku pencen nanti (lantak la..hehheeh). Semua pilihan di hadapan bukannya senang..susah...maaf bila aku kata bagaikan jatuh di timpa tangga bila mana dlm kesusahan yang dihadapi sekarang, aku nampak kesushan lagi yang bakal aku tempoh di hadapan. Aku kena balik penang semula. Aku sedih dgn hakikat ni. Bukan aku tak suka penang...penang adalah tempat 'bermula' segalanya..dan shah alam adalah tempat transformasi diri. Berkalkulasi dlm fikiran aku ttg mcm mana sekiranya rayuan aku utk minta transfer ke Shah Alam ini tidak berjaya. Mmg susah la...dengan keadaan kewangan yg tak stabil, thesis yang tak siap dan possibility utk ber PJJ dgn husband pun ada.Jadinya, aku sgt tension.

Bila aku tension, maka seisi rumah aku bercas negatif. Kesian husband dan anak aku yg menerima cas ini. Aku tak boleh tipu diri aku yang aku OK...aku tak OK...sampai satu tahap aku tanya husband aku, perlu mcm mana lagi aku buat, supaya Allah terima rayuan aku selama ni? Husband aku diam. Paling sedih lagi bila time makan malam..aku marah Iman sbb dia mengada2..dan yang paling aku x sangka, husband aku yg x pernah marah Iman..turut marah Iman...Terdiam Iman sbb idola dia (abah dia lah tu) marah dia. Aku mcm tersentak dan tersedar yg marah husband aku tu adalah pada aku yg bwk cas negatif tu balik rumah. Aku ambik Iman duduk kat pangku aku. Rasa bersalah menular kat hati aku....

Setelah masing2 diam...lama kelamaan keadaan OK. Aku pon duduk berdiskusi ngan husband aku berkenaan dgn aku yang kena balik Penang nanti. Allahuakbar....conclusion yang aku dpt dr perbincangan itu adalah;
kenapa aku nak buat kerja Allah???


Monday, March 4, 2013

Isnin

dah lama nak menulis kisah ni...tp tak tertulis...so sementara ingat, baik aku tulis siap2...ini adalah dialog ringkas antara aku dan seorg student Phd yg baru daftar bulan 9 2012 yg lalu.

Aku: En X, ada no phone Z tak?
En X: takde, takde kepentingan pon saya nak simpan number dia.

Mmm..Z ni kawan sebilik kami. Ada nada 'eksyen' skit dlm jawapan En. X tu. Memanglah takde kepentingan pun Z tu pada dia sekarang, in future kita tak tahu kan? Moral of the story..."lihatlah kehidupan ini berputar..sekali di atas sekali di bawah":)))))